Home Agriculture Selangor Agrofest 2025: Inovasi Agro, Warna-Warni Floria Dan Usahawan Ikon

Selangor Agrofest 2025: Inovasi Agro, Warna-Warni Floria Dan Usahawan Ikon

93
0

Selangor Agrofest 2025: Inovasi Agro, Warna-Warni Floria & Usahawan Ikon

Oleh: Baharim Sukari | M Niaga

28 September 2025 menutup tirai penganjuran Selangor Agrofest 2025 yang berlangsung selama empat hari di Shah Alam. Walaupun pagi itu hujan renyai-renyai, ia tidak menghalang ribuan pengunjung membanjiri tapak acara yang sinonim sebagai festival agro terbesar di negeri Selangor.

Kelainan Tahun Ini

Apa yang menjadikan edisi kali ini istimewa adalah kelainan dari segi pengisian dan pameran. Antaranya, Pameran Floria yang memukau dengan lebih 4,000 bunga orkid pelbagai jenis, menarik minat pencinta flora dan juga pelancong tempatan.

Selain itu, lebih 160 gerai pempamer dibuka, merangkumi jualan makanan, produk pertanian, serta penyertaan jabatan dan agensi kerajaan. Kehadiran pelbagai segmen ini bukan sahaja menghidupkan suasana, malah memberi peluang perniagaan dan jaringan kepada usahawan tempatan.

Baharim sempat bermain seekor musang yang menjadi salah satu tarikan umum.

Lawatan ke Booth Usahawan

Lawatan tapak jualan, Baharim (kiri-berbaju putih) sedang membelek nanas Jambul Emas A18 (antara varieti baharu di Malaysia)

Dalam liputan kali ini, saya turut berkesempatan singgah ke beberapa booth pempamer. Antaranya booth milik Encik Amir, yang mempromosikan varieti Nanas Jambul Emas A18 dengan nombor daftar varieti AC15. Selain menjual buah segar, beliau turut menawarkan anak pokok nanas. Nanas Jambul Emas ini diyakini berpotensi menjadi pilihan utama rakyat Malaysia pada masa hadapan.

Baharim (kiri) sedang mendengar penerangan oleh Sanisahuri tentang Cendawan Susu yang dibawa masuk dari negara India.

Saya juga sempat bertemu dengan usahawan bernama Sanisahuri, yang memperkenalkan inovasi Cendawan Susu dari India. Menariknya, cendawan ini menggunakan jerami padi sebagai media utama untuk penanaman – satu kaedah mampan yang membuka ruang baharu dalam industri agro.

Sambal Kak Faa turut tidak ketinggalan dalam mempromosi produk keluarannya di Selangor Agrofest 2025.

Tidak ketinggalan, booth Usahawan Sambal Kak Faa yang tampil dengan pelbagai pilihan sambal tradisi, menambah warna pada kepelbagaian produk makanan tempatan.

(Gambar) Antara produk -produk pertanian yang dipamer di Selangor Agrofest 2025.
(Gambar) Antara produk -produk pertanian yang dipamer di Selangor Agrofest 2025.
Cili Sakata 461 antara produk pertanian yang dipamer di Selangor Agrofest 2025.

Inovasi PLAS: Bidaan Digital Hasil Tani

Salah satu tarikan utama tahun ini ialah pengenalan Pusat Lelongan Agro Selangor Plus (PLAS). Melalui platform digital ini, hasil tani boleh dibida secara terbuka hanya melalui aplikasi mudah alih. Pendekatan ini dilihat mampu memodenkan sistem pemasaran agro sekali gus membuka ruang baharu untuk para petani menjana pendapatan.

Mengiktiraf Ikon Agro

Dalam majlis penutup, seramai 10 usahawan tani menerima Anugerah Ikon Agro Selangor 2024/2025. Setiap penerima membawa pulang hadiah bernilai RM10,000, sebagai pengiktirafan terhadap inovasi dan penggunaan teknologi moden dalam bidang pertanian.

Kesimpulan

Selangor Agrofest 2025 bukan sekadar pesta jual beli, tetapi platform untuk memperkukuh ekosistem agro negeri, melahirkan ikon baharu, serta menegaskan peranan sektor pertanian dalam menjamin kelestarian makanan negara.

Dengan kelainan yang ditampilkan, festival ini membuktikan bahawa agro bukan lagi industri tradisional semata-mata, sebaliknya medan inovasi yang berdaya saing dan penuh potensi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.